Sukan Para Asia: Malaysia raih perak berpasukan badminton

Oleh Bernama 7 Oktober 2018 520
Sukan Para Asia: Malaysia raih perak berpasukan badminton
Kontinjen negara meraih pingat perak pertama Sukan Para Asia 2018 menerusi acara badminton berpasukan lelaki selepas tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir di Stadium Istora Senayan, hari ini.

Perseorangan kedua, Mohammad Faris Ahmad Azri, gagal mengekang ketangkasan Deva Anrimusthi dalam perlawanan terakhir selepas kedudukan terikat 1-1.

Mohammad Faris tewas straight set 6-21, 12-21.

Dalam perlawanan perseorangan pertama, Bakri Omar tewas 6-21, 12-21 kepada Fredy Setiawan sebelum pasangan beregu, Cheah Liek Hou-Hairul Fozi Saaba, menyamakan kedudukan 1-1 selepas mengatasi pasangan Hafizh Brilliansyah-Hary Susanto 21-10, 21-17.

Jurulatih badminton paralimpik Malaysia, Abdul Rani Jaafar, berkata pemainnya telah melakukan yang terbaik menentang pasukan pasukan pilihan Indonesia itu.

"Kita sasarkan pasukan lelaki ini layak ke separuh akhir. Alhamdulillah mereka layak ke final dan memberikan pingat pertama untuk Malaysia," katanya.

-- BERNAMA

 

Tentang Penulis

Bernama

Komen