Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas sebentar tadi.

Selepas Lee Zii Jia memberikan mata pertama, giliran beregu nombor satu negara pula turun ke gelanggang.

Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi menjadi halangan, namun beregu yang berada di ranking ke-170 dunia itu ternyata bukanlah tentangan kepada Aaron-Wooi Yik.

Kemenangan 21-16, 21-12 dalam tempoh 26 minit cukup memastikan Malaysia berjaya mendahului saingan dengan kelebihan 2-0 ke atas Hong Kong.