Selangor KUSEL Asia Challenge 2024 bakal membuka tirai pada hari ini dengan tumpuan terarah kepada pertemuan Selangor FC dan DPMM FC.

Namun sebelum itu, perlawanan pertama yang bakal disiarkan secara langsung adalah pasukan Balestier Khalsa FC menentang Young Elephants FC pada jam 5.00 petang di Arena Bola 803HD.



Jika anda terlepas atau tidak berkesempatan untuk menyaksikan aksi itu secara langsung, anda boleh tonton laporan perlawanan tersebut dalam Nadi Arena pada jam 7.30 malam di saluran 801HD.

Selepas itu, Selangor FC bakal turun menentang DPMM FC dengan pra-perlawanan bermula jam 8.30 malam bersama hos Ahmed Shahrazad Sani yang bakal ditemani dua tetamu jemputan, Safee Sali dan Mahali Jasuli, disusuli sepak mula setengah jam kemudian tentunya di saluran Arena Bola 2 804HD serta di aplikasi AstroGO.