Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebelum ini disingkirkan daripada ASTAF kerana melanggar perjanjian bertulis mengkritik badan itu secara terang-terangan disusuli pengguguran keahlian oleh ISTAF pada Februari 2022.

Dan ketika itu, Datuk Abdul Halim Kader selaku Presiden ASTAF merangkap Setiausaha Agung ISTAF merestui pelantikan Presiden PSM yang terbaru, Datuk Mohd Sumali Reduan Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF), Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Katanya, kepakaran dan pengalaman luas dimiliki Sumali dapat mengukuhkan lagi kedudukan ISTAF untuk masa akan datang.

Kini tindakan itu jelas memberi seribu makna buatnya kerana Sumali jelas berkhidmat dengan professional dan terbaik sentiasa.

Halim Kader dalam sesi temu bual bersama Nadi Arena, menyatakan kegembiraannya dengan khidmat yang diberikan Sumali bersama-sama pasukannya bagi membangunkan sukan sepak takraw melalui Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia nanti.

"Saya lihat dari segi peranncangan yang diketuai oleh Datuk Sumali Reduan, Presiden PSM dan pasukannya begitu gigih sekali dan saya gembira kerana saya dapat menyumbangkan idea, nasihat, pengalaman yang saya ada selama 50 tahun dalam dunia sepak takraw.

"Apatah lagi saya bekerja rapat untuk menganjurkan ISTAF Super Series selama lima tahun, enam tahun dengan ASTRO Arena.

"Jadi saya yakin iaitu dengan kepimpinan Datuk Sumali dan pasukannya, Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia di Setiawangsa, Kuala Lumpur nanti akan memberikan warna baru, ada baru dan kesemuanya baru kepada peminat-peminat sepak takraw di tanah air nanti.

Piala Dunia Sepak takraw 2024 akan berlangsung di Stadium Titiwangsa dari 18 hingga 26 Mei ini. Jangan lupa berikan sokongan dengan dapatkan tiket anda buat terus memberi sokongan buat skuad negara.