Jika semalam admin sudah kongsi kepada anda tentang legenda Liverpool, Luis Garcia yang akan turun ke padang Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini legenda Manchester United, Eric Daniel Djemba-Djemba pula yang akan dipaparkan buat anda semua.

Eric Daniel Djemba-Djemba ialah bekas pemain bola sepak profesional Cameroon yang bermain sebagai pemain tengah.

Djemba-Djemba sebelum ini bermain bola sepak bagi kelab di Perancis, England, Qatar, Denmark, Serbia, Scotland, India dan Indonesia.

Sedikit trivia, Djemba-Djemba merupakan kelahiran Cameroon yang pertama bermain untuk Manchester United dan selepas itu kini Andre Onana ikut jejak langkahnya namun dengan posisi yang berbeza iaitu sebagi penjaga gol.

Dalam satu temubual Stadium Astro bersama-sama Djemba-Djemba, admin berjaya mendapatkan reaksinya menjelang perlawanan Battle of The Reds pada Sabtu.

"Apa yang John dan Luis beritahu kamu, saya tidak tahu apa yang John dan Luis beritahu kamu, dan bagi saya Manchester United akan menang nanti, kami selalu berjuang,

"Saya dah mula berperang mulut dengan John di dalam kereta untuk perlawanan itu. Saya harap esok (Sabtu), Manchester akan menang.

"Ianya akan menjadi perlawanan yang terbaik dari kami. Saya yakin Manchester akan menang.

'Untuk Sabtu saya berharap peminat akan gembira dengan kualiti permainan yang kami akan sajikan.