Jawatankuasa Penganjur Sukan Para Asia Indonesia (INAPGOC) bersedia untuk menjadi penganjur terbaik dalam sejarah Sukan Para Asia walaupun berdepan cabaran lebih besar berbanding penganjuran Sukan Asia 2018.
Indonesia kembali menjadi tumpuan selepas Sukan Asia Jakarta-Palembang menerusi penganjuran Sukan Para Asia 2018.
Memasuki edisi ketiga, temasya yang hanya diadakan di Jakarta itu menyaksikan penyertaan atlet dan pegawai paling ramai sejak edisi pertama di Guangzhou pada 2010.
Sememangnya, ia menguji kemampuan tuan rumah untuk menjadi penganjur terbaik dengan kali ini menawarkan 18 acara buat semua kontinjen yang bertanding.
"Terdapat banyak perbezaan dalam kedua-dua temasya yang dianjurkan kali ini," kata Pengarah Media INAPGOC, Muhammad Farhan.
Tentang Penulis