Pelumba Moto GP Remaja negara, Hakim Danish, berasakan dia mampu untuk melakukan perlumbaan yang lebih baik selepas menduduki tempat kedua dalam Perlumbaan 1 di Litar Jerez, Sepanyol pada Ahad lalu.

Dalam perlumbaan itu dia mengakui mengalami kesukaran dalam dua pusingan terakhir yang membantutkan hasratnya memintas pelumba dari Sepanyol Marco Morelli.

Begitupun dia tetap menjadikan itu sebagai satu dorongan musim ini selepas berjaya meletakkan dirinya di kedudukan podium.

Hakim kini memberikan fokus sepenuhnya untuk mempersiapkan diri dalam perlumbaan kedua di Litar Le Mans, Perancis dan perlumbaan GP Remaja di Estoril, Portugal yang akan bermula pada 2 hingga 5 Mei ini.

"Dalam perlumbaan itu saya berasa yakin untuk mengikuti kumpulan dihadapan walaupun agar sukar kerana perlumbaan itu laju dengan barisan pelumba yang sangat pantas.

"Begitupun saya dapat mengikut rentak mereka dan tidak patahkan semangat saya untuk terus mengekekalkan momentum dan akhirnya saya berjaya meraih podium di tempat kedua.

"Saya mahu terus mengekalkan momentum ini dalam perlumbaan yang akan datang nanti." katanya kepada Nadi Arena.