Pelumba CP 150 Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing, Akid Aziz menjalani kem latihan di Gamuda Garden, Rawang pada ahad lalu sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix 2024 di Litar Tangkak, pada 4 dan 5 Februari ini.

Jelas akid, manfaat dari latihan 'Motorcross' tersebut adalah untuk meningkatkan kelajuannya pada perlumbaan sebenar dan fokusnya kini turut terarah kepada persiapan memantapkan aspek fizikal dengan melebihkan masa latihan di gimnasium.

Dalam pusingan pertama di Litar Jasin Bestari, juara bertahan itu menang dengan catatan masa 17 minit 17.2-288 saat, meninggalkan pesaing terdekatnya Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Estremo Yuzy Racing di tempat kedua.

"Minggu lalu pihak Yamaha melakukan latihan motorcross di Gamuda, dan bagi saya latihan itu baik untuk pelumba kerana ia membantu dari segi fizikal dengan keadaan litar yang tidak begitu baik.

"Saya bersyukur Yamaha membuat latihan dan saya rasa ia membantu dari segi kelajuan memandangkan dalam pasukan itu dapat menambah keyakinan saya." katanya kepada Nadi Arena.