Kedah Darul Aman (KDA) meneruskan rentak cemerlang menewaskan Penang FC 3-1 dalam saingan pramusim mereka di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Perlawanan terikat 1-1 dalam separuh masa pertama hasil jaringan daripada perancang tengah skuad Sang Kenari, Habib Haroon dan pemain pertahanan Penang, Richmond Ankrah.

Dalam pada itu, pemain pertahanan Penang, Adib Ra'op dilayangkan kad merah pada minit ke-35 selepas mengasari pemain lawan berdekatan kotak penalti selepas penelitian VAR dilakukan oleh pengadil perlawanan.

Separuh masa kedua pula menyaksikan KDA meneruskan rentak cemerlang dengan menambah dua lagi jaringan melalui Milos Gordic pada minit ke-52 melalui sepakan penalti dan jaringan seterusnya pada minit ke-65.



Skuad KDA FC B juga berjaya melakar kemenangan 4-0 dalam siri jelajah Lembah Klang pramusim menewaskan Armed Forces di Padang Bola Sepak Mindef, Kuala Lumpur petang tadi.