Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam, mengakui kelab-kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia musim ini memberikan respon yang positif melibatkan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Ia menerusi lapan perlawanan pramusim Liga M yang menguji pelaksanaan sistem berkenaan baru-baru ini dan masih menunggu sijil rasmi daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Namun, dia percaya masih ada ruang untuk penambahbaikan penggunaan VAR terutamaNYA membabitkan keputusan pengadil semasa perlawanan.

"Daripada makluman MFL, Penilaian daripada FIFA adalah baik dan penambahbaikan dari segi operasi dan pemantauan perlu dilakukan serta akan mendapat sijil daripada FIFA nanti.

"Dalam permulaan sistem VAR ketepatan dalam membuat keputusan lebih penting daripada kepantasan dalam membuat keputusan jadi kami perlukan kredibiliti pengadil dalam membuat keputusan." katanya kepada Nadi Arena.