Misi Malaysia menyekat dominsasi musuh tradisi, Thailand hampir tercapai sebelum anak buah Abdul Talib tewas 2-0 pada perlawanan Grandfinal Super Siri ISTAF namun kali ini wajah-wajah baru bakal memperkuatkan cabaran skuad negara.

"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan pencapaian musim lepas namun kami akan bertungkus-lumus untuk mendapatkan semula kepercayaan penyokong dan membuktikan kepada dunia bahawa suka sepak takraw adalah milik Malaysia.

Setelah mengekalkan beberapa pemain senior seperti Farhan Adam, Syahir Rosdi, Shahidan Ali, Khairol Zaman Hamir Akhbar, Hanafiah Dollah dan Amirul Zazwan Amir, pasukan negara dalam proses pembaharuan dan bakal diperkuatkan oleh pemain muda juga.

"Dalam tempoh kira-kira 5 minggu lagi, saya akan memilih pemain terbaik daripada pasukan sedia ada. Pada masa yang sama, saya akan memberi peluang kepada beberapa pemain muda.

"Kami nyata memiliki pemain sepak takraw yang berkualiti di Malaysia. Saya mahu pemain yang menjiwai sukan ini untuk membantu skuad negara mencapai sasarannya iaitu menjuarai SuperSiri Istaf, Bangkok dan Sukan SEA 2017, Kuala Lumpur.