Ridzuan raih emas kedua di Jakarta

Oleh Penulis Jemputan 10 Oktober 2018 5262
Ridzuan raih emas kedua di Jakarta
Atlet olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Puzi, menambah koleksi pingat emas dalam Sukan Para Asia 2018 apabila mengungguli acara 400 meter T36 lelaki (cerebral palsy) di Stadium Utama Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Ridzuan mencatatkan masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki semalam, sekali gus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov, dalam Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013.

Turun sekali lagi beraksi di balapan, atlet berusia 31 tahun itu mempamerkan persembahan cemerlang apabila memintas dua pesaing bagi meraih pingat emas dalam acara 400m pula. Ridzuan melakukan catatan masa 59.36s untuk meraih emas sementara perak milik wakil Oman, Al-Harrasi Taha Abdullah Rashid (59.75s) sementara Kahrizi Farhad dari Iran berpuas hati dengan gangsa (1:00.39s).

"Saya gembira di atas kemenangan emas kedua ini. Saya akan beraksi dalam acara lompat jauh esok dan menyasarkan satu lagi pingat emas untuk negara," kata Ridzuan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen