Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois, akan membuat kemunculan semula sebagai penjaga gol utama ketika menentang Cadiz, malam ini setelah pulih sepenuhnya daripada dua kecederaan lutut, dedah Carlo Ancelotti.

Ancelotti, bagaimanapun, akan tetap berhati-hati dengan kelibat Courtois yang tidak beraksi sejak ligamennya koyak 13 bulan lalu, sementara Andriy Lunin akan kembali untuk perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) menentang Bayern Munich, awal Khamis depan.

"Perlawanan getir yang bermain di fikiran kami ialah menentang Bayern kerana Lunin akan beraksi. Selepas itu, kita akan lihat apa yang berlaku," kata pengurus itu.



"Courtois baik-baik saja, dia akan diturunkan esok selepas sekian lama. Ia berita baik bahawa dia akan kembali, begitu juga Eder Militao.

"Courtois boleh memberikan sumbangan. Dia dalam keadaan baik, dia sangat teruja. Kami gembira kerana dia kembali."