Rasa seperti hendak putus harapan', itu luahan atlet boling tenpin wanita negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, yang terpaksa melupakan sukan yang menjadi keghairahannya buat seketika.

Syaidatul terpaksa berehat apabila menghidapi pneumonia menerusi laporan sejak beberapa minggu yang lalu.

Pneumonia adalah radang paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Pneumonia boleh menimbulkan gejala yang ringan hingga serius. Beberapa gejala yang umumnya dialami pesakit yang menghidapi pneumonia adalah batuk, sakit dada, demam dan susah bernafas.

"Ia sama seperti jangkitan paru-paru, saya telah dinasihatkan untuk berehat serta mengambil banyak ubat antibiotik bagi memastikan jangkitan ini dalam dihapuskan. Ia amat menyukarkan saya kerana sukar bernafas. Doktor juga memberikan menasihatkan supaya mengelak daripada melakukan aktiviti yang berintensiti tinggi," kata Syaidatul.

"Buat masa ini, saya masih tidak boleh menjalani latihan. Situasi ini ditambah pula dengan kehilangan salah seorang ahli keluarga. Ia merupakan sesuatu di luar jangkaan, menyaksikan rakan sepasukan lain dapat meneruskan sesi latihan, tipu jika saya tidak berasa sedikit berputus asa.

"Perasaan bimbang untuk mencari semula sentuhan terbaik itu hadir tetapi ibu bapa sentiasa memberikan dorongan supaya meneruskan karier dalam sukan boling tenpin."