Skip to main content

Bola Jaring

NSL 2021: Johor mudah jinakkan Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gry_1200.jpg
Johor Jewels tidak berdepan sebarang masalah meraih kemenangan dalam saingan Netball Super League ketika berjaya mengatasi Negeri Sembilan Venoms di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.

Skuad kendalian Fazira Mesnan itu memasuki perlawanan selepas seri dengan Selangor Angels 50-50 sebelum ini, meletakkan sasaran untuk kembali menemui rentak kemenangan.

Dominasi permainan dipamerkan Johor gagal diserap barisan pemain Negeri Sembilan apabila ketinggalan 20-5 sebelum sekadar memperoleh sembilan mata dalam suku kedua sebelum saingan beraksi separuh masa dengan kedudukan 34-14.

Johor tidak mengurangkan intensiti permainan sebaliknya menguji gerakan-gerakan serangan yang berkualiti serta bertali arus untuk mendahului saingan 49-22 pada penghujung suku ketiga.

Negeri Sembilan meraih kemenangan ke atas Pahang Tulips semalam, gagal untuk mematahkan permainan ampuh Johor apabila terpaksa akur dengan kekalahan 67-30.


 

Advertisement

Must Watch Video