Kecederaan menjadi batu penghalang kepada beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, untuk ke suku akhir Kejohanan BadmintonTerbuka Jepun, sebentar tadi.

Pearly yang dibelenggu masalah lutut tidak dapat meneruskan permainan ketika berdepan wakil Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim.

Beregu negara terlebih dahulu menguasai set pertama 21-13 sebelum diheret ke set penentuan apabila tumpas 19-21 dalam set kedua.

Namun, selepas mendahului 9-3, Pearly yang mula dihantui kecederaan lutut hanya mampu menokok dua mata sebelum terpaksa menarik ketika ketinggalan 11-16.





Beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, pula mengesahkan tempat selepas mengetepikan beregu adik beradik yang mewakili Perancis, Christo Popov-Toma Jr Popov, 21-13, 21-13.

Dalam pertarungan lebih awal, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei tepaksa berhempas-pulas ketika bertemu Robin Tabeling-Selena Piek (Belanda) 29-30, 21-18, 21-11.

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing selaku pilihan ketujuh dalam beregu campuran turut mara apabila mengetepikan Po Hsuan-Hu Ling Fang (Taiwan) 14-21, 21-11, 21-15 dalam masa 49 minit.

Sementara itu, keampuhan pilihan pertama beregu wanita dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, tidak mampu disekat Vivian Hoo-Lim Chiew Sien apabila kecundang 16-21 14-21.