Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, mempunyai rahsia di sebalik pemilihan dua pasangan beregu campuran daripada badan induk itu dan profesional dalam skuad awal Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Senarai awal persiapan ke temasya dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan itu menyaksikan beregu berpengalaman profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, antara yang dicanang-canang mengibarkan cabaran negara.

Ia sebahagian daripada strategi Rexy untuk mencapai sasaran tiga pingat emas yang ditetapkan ke atas skuad badminton negara.

"Bukan kami bilang pemain lain dalam pasukan ini tidak mempunyai potensi untuk memenangi pingat.

"(Tambahan pula) kami ingin memenangi pingat dalam Sukan Olimpik terutama emas.

"Dalam Sukan Komanwel ini, kami menyasarkan tiga emas," katanya di venue pertandingan hari ini.

Temasya itu memperuntukkan setiap negara boleh menyenaraikan lima wakil lelaki dan lima lagi untuk wanita.

Sehubungan itu, Rexy perlu membuat langkah tepat termasuk menilai pemain serba boleh yang boleh dijadikan sandaran bidan terjun kelak.

"Muka baru bermain baik dalam Terbuka Indonesia yang lalu tapi belum cukup untuk muncul juara.

"Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pernah menjuarai Terbuka Korea Selatan dengan mengalahkan peserta tuan rumah.

"Sukan Komanwel bukan satu kejohanan yang mudah, agak rumit, bukan boleh senaraikan 10 pemain lelaki dan 10 wanita sebaliknya lima pemain lelaki dan lima wanita.

"Daripada sudut realistik, saya perlu memilih pemain beregu campuran yang boleh beraksi dalam beregu (lelaki mahupun wanita)," katanya.


Pusingan pertama (Selasa depan)

Lee Zii Jia lwn Toma Junior Popov

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani lwn Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi

Aaron Chia-Soh Wooi Yik lwn Akira Koga-Taichi Saito

Pearly Tan-M Thinaah lwn Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting

Tan Kian Meng- Lai Pei Jing lwn Goh Soon Huat-Shevon Lai