Sempena ambang Tahun Baharu 2023, Astro Arena imbas kembali 50 kisah terbesar dalam sukan tempatan dan dunia sukan pada tahun 2022. Saksikan juga 'Terbaik 2022' pada 31 Disember 7.30 malam di Astro Arena 801 dan Astro GO.

40. THERESE JOHAUG ATLET TERBAIK SUKAN OLIMPIK MUSIM SEJUK

Atlet ski merentas desa, Johaug menang 3 pingat emas daripada 4 acara di Beijing, China.

39. MCILROY KEMBALI MENJADI PEMAIN NOMBOR SATU DUNIA

Rory McIlroy memenangi Piala CJ dalam siri Jelajah PGA Amerika Syarikat untuk kembali menerajui ranking dunia buat kali kesembilan dalam kariernya.

38. SENEGAL JUARA PIALA NEGARA-NEGARA AFRIKA

Sadio Mane menjaringkan sepakan penalti paling penting ketika Senegal mengatasi Mesir 4-2 pada penentuan penalti untuk memenangi Piala Negara-Negara Afrika buat kali pertama selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan berakhir masa tambahan.

37. MALAYSIA JUARA DODGEBALL DUNIA

Skuad dodgeball lelaki negara kembali mencipta sejarah apabila muncul juara dunia selepas menjuarai Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 di Edmonton, Kanada.

36. AALIYAH YOONG RAIH 4 EMAS SKI AIR ASIA

Atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah berjaya mempertahankan gelarannya dengan menyapu bersih empat pingat emas di Kejohanan Ski Air Asia di Korea Selatan. Tiga acara yang didominasi Aaliyah termasuk 'tricks' untuk mengutip 7440 mata, sebelum mengungguli 'jump' setinggi 37.2 meter di pusingan akhir.

35. MALAYSIA CAPAI SASARAN SUKAN KOMANWEL BRIMINGHAM

Atlet gimrama, Ng Joe Ee meraih satu lagi pingat emas pada Sukan Komanwel 2022 sekaligus melengkapkan sasaran enam emas kontinjen negara. Joe Ee memperoleh pingat kejuaraan itu menerusi disiplin riben dalam saingan yang berlangsung di Arena Birmingham.

34. AZNIL BIDIN CIPTA TIGA REKOD BAHARU SUKAN KOMANWEL

Kontinjen Malaysia meraih satu lagi emas pada temasya Sukan Komanwel 2022, apabila atlet angkat berat, Muhamad Aznil Bidin berjaya muncul juara bagi kategori 61kg Aznil muncul juara selepas berjaya mengumpulkan angkatan sebanyak 285kg menerusi acara snatch dan clean & jerk.

33. ERVIN CHANG AKHIRI PENANTIAN 21 TAHUN EMAS SUKAN SEA UNTUK GOLF

Ervin Chang meraih emas pertama untuk Malaysia di Sukan SEA Hanoi selepas 21 tahun kemarau.

32. PEMAIN PJ CITY P RAJES MENINGGAL DUNIA

Pemain PJ City, P Rajes meninggal dunia pada usia 37 tahun setelah mengalami kemalangan Petaling Jaya City FC wingback P. Rajes has passed away at the age of 37. Dilaporkan Rajes mengalami kemalangan motosikal.

31. MALAYSIA JUARA PIALA HOKI DALAM DEWAN ASIA

Aksi kegembiraan pemain Malaysia apabila berjaya menumpaskan Iran pada perlawanan akhir Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022 di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, Thailand.

50-41 | 40-31 | 30-21 | 20-11 | 10-1