Terbuka Western & Southern: Sakkari cipta kejutan singkir Williams

Oleh Muzaffar Musa 26 Ogos 2020 63
Terbuka Western & Southern: Sakkari cipta kejutan singkir Williams
Serena Williams ditunjukkan jalan keluar daripada Kejohanan Tenis Terbuka Western & Southern selepas Maria Sakkari mencipta kejutan menyingkirkan pilihan ketiga kejohanan itu untuk mara ke suku akhir di Cincinnati hari ini.

Sakkari memanfaatkan keletihan Williams untuk mengejutkan juara 23 kali kejohanan grand slam itu dengan kemenangan 5-7, 7-6, 6-1 dalam kejohanan kategori WTA Perdana berkenaan.

Walliams ketinggalan dua mata ketika kembali memegang servis dalam set kedua tetapi Sakkari, yang merupakan pemain pilihan ke-13, bangkit daripada kedudukan 5-3 dan satu mata break sebelum menamatkan saingan itu dalam masa dua jam 17 minit.

Sakkari, yang terlebih dahulu menewaskan pemain sensasi Amerika Syarikat, Coco Gauff, akan berdepan Johanna Konta dalam suku akhir.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen