Novak Cjokovic hampir pasti menamatkan tahun ini di kedudukan teratas ranking dunia ATP buat kali keenam selepas menewaskan Borna Coric dalam Kejohanan Tenis Terbuka Vienna malam tadi.

Djokovic hanya memerlukan dua lagi kemenangan di Austria untuk sah menamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia melainkan Rafael Nadal menyertai Kejohanan Terbuka Sofia dengan tiket peluang khas.

Selepas menewaskan Filip Krajinovic dalam pusingan pertama, Djokovic kelihatan bakal memahat namanya dalam buku rekod dunia selepas menewaskan Coric 7-6, 6-3.

Pete Sampras merupakan pemain terakhir menamatkan enam tahun selaku pemain nombor satu dunia ketika melakukannya sekitar 1993 hingga 1998.

Djokovic kini terikat dengan legenda era moden lain seperti Roger Federer dan Nadal selain Jimmy Connors tetapi kini semakin hampir untuk meninggalkan pencabar lain itu selepas menamatkan tahun 2011, 2012, 2014, 2015 dan 2018 di ranking nombor satu.