Terbuka Miami: Osaka lebarkan rekod 22 kemenangan berturut-turut

Oleh Muzaffar Musa 27 Mac 2021 89
Terbuka Miami: Osaka lebarkan rekod 22 kemenangan berturut-turut
Pemain pilihan kedua, Naomi Osaka, meneruskan prestasi cemerlangnya ketika memenangi kejuaraan pertamanya dalam Terbuka Australia bulan lalu.

Osaka layak ke pusingan ketiga Terbuka Miami selepas menewaskan wakil Australia, Ajla Tomljanovic, malam tadi.

Pemain Jepun itu merakamkan kemenangan 7-6, 6-4 menerusi 36 winner, termasuk 13 ace dalam pertarungan selama sejam 38 minit itu.

"Ini merupakan kemenangan pertama saya sejak di Australia, jadi saya benar-benar mahu bermain baik. Saya seperti bermain di negara sendiri memandangkan saya membesar berdekatan sini dalam sebahagian besar hidup saya," katanya dalam temu bual selepas perlawanan.

Tomljanovic memberikan saingan sengit dalam perlawanan itu tetapi dia dihukum oleh 24 unforced-error yang dilakukannya.

Seterusnya, Osaka akan berdepan pemain Serbia, Nina Stojanovic, dalam pusingan ketiga.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen