Terbuka Australia: Nadal ke suku akhir singkir Fognini

Oleh Muzaffar Musa 16 Februari 2021 107
Terbuka Australia: Nadal ke suku akhir singkir Fognini
Rafael Nadal mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Australia buat kali ke-13 sepanjang kariernya dengan meraih kemenangan straight-set ke atas Fabio Fognini semalam.

Bintang Sepanyol itu kelihatan berada di prestasi yang kukuh untuk melakarkan kemenangan 6-3, 6-4, 6-2 ke atas pemain pilihan ke-16 dari Itali, Fognini, dalam perlawanan tanpa penonton itu di Arena Rod Lever.

Nadal, yang menyasarkan untuk memecahkan rekod 21 kejuaraan grand slam acara lelaki di Merlbourne, masih belum melepaskan sebarang set dalam kejohanan utama pertama berkenaan dan menewaskan Fognini buat kali ke-13 sepanjang 17 pertemuan.

Pemain nombor dua dunia itu akan berdepan Stefanos Tsitsipas dalam suku akhir lusa.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen