Karolina Muchova melengkapkan kebangkitan menakjubkannya untuk mengejutkan pemain nombor satu dunia, Ash Barty, dengan kemenangan 1-6, 6-3, 6-2 dalam suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Australia sebentar tadi.

Selepas mendahului satu set dan 2-0 dalam set berikutnya, Barty kelihatan berada di landasan terbaik untuk mara ke separuh akhir buat tahun kedua berturut-turut di Melbourne Park, di mana dia turut memburu untuk menjadi pemain wanita Australia pertama layak ke final kejohanan itu sejak 1980 dan menjulang trofi sejak 1978.

Bagaimanapun, pemain pilihan ke-25 dari Republik Czech, Muchova, menghalang 'parti Barty' itu di Arena Rod Laver dengan lawan yang merupakan pemain bintang itu mudah disingkirkannya.

Muchova, yang sebelum ini hanya dapat menewaskan pemain dalam kolompok lima teratas ketika menundukkan Karolina Pliskova di Wimbledon dua tahun lalu, akan turun dalam separuh akhir kejohanan utama pertamanya dengan menentang Jennifer Brady esok.