Tenis Dubai: Halep mara ke final

Oleh Ammar Hakim 22 Februari 2020 58
Tenis Dubai: Halep mara ke final
Simona Halep melangkah aksi final Kejohanan Tenis Dubai apabila mengatasi wakil Amerika Syarikat, Jennifer Brady, 6-2, 6-0.

Pilihan utama, Halep, berjaya mengatasi ujian dalam suku akhir berdepan Aryna Sabalenka sebelum meraih jalan mudah dalam separuh akhir.

Halep hanya memerlukan 62 minit untuk meraih kemenangan, pemain kedua dunia itu hanya berdepan dua break point sepanjang perlawanan dan menyelamatkan kedua-duanya, serta berasakan dia telah berjaya menampilkan permainan yang hampir sempurna.

"Saya sangat gembira kerana berjaya mengawal permainan dengan cemerlang dan mampu melakukan pukulan dengan cemerlang," kata Halep.
"Ia merupakan satu peluang dan kebanggaan beraksi dalam perlawanan terakhir kejohanan. Saya akan beraksi untuk merangkul satu lagi gelaran. Saya memberikan tumpuan dan mahu meraih kemenangan."

Elena Rybakina bakal menjadi halangan terakhir Halep, selepas wakil Kazakhstan itu mara ke final buat kali keempat tahun ini dengan mengatasi pilihan kelapan, Petra Martic 7-6 (7-5), 7-6 (7-2).

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen