Rafael Nadal meraih kemenangan ke-1000 dalam kariernya selepas dikerah menempuhi saat getir dalam Kejohanan Tenis Masters Paris.

Rakan sepasukan Nadal, Feliciano Lopez, hampir menempa kemenangan selepas pemain veteran itu memberi tekanan hebat, namun Nadal tetapi bertahan sebelum menewaskan lawannnya 4-6, 7-6 (7-5), 6-4.

Setelah merakamkan kejayaan dalam Grand Slam Terbuka Perancis bulan lalu tanpa terlepas satu set, perlawanan pagi tadi menyaksikan Nadal kembali menyambung kempennya apabila memerlukannya dua jam 30 minit untuk menyempurnakan pusingan 32 itu.

Justeru, namanya dijulang di tangga keempat dalam senarai pemain yang mencipta kemenangan terbanyak dalam Era Terbuka di belakang Jimmy Connors, Roger Federer dan Ivan Lendl.

Sementara itu, Alexander Zverev, Diego Schwartzman, Milos Raonic dan Alex de Minaur turut melepasi halangan masing-masing sementara Daniil Medvedev tidak perlu bermandi keringat susulan pencabarnya, Kevin Anderson, terpaksa menarik diri dalam tie break pertama akibat kecederaan.