Rafael Nadal mengetepikan pemain Australia, Nick Kyrgios, ​untuk menjulang gelaran ke-75 dalam kariernya dalam Terbuka China, semalam.

Kyrgios, yang telah membuktikan dia lawan yang rumit buat Nadal dalam aksi-aksi sebelum ini, sekadar memerlukan tiga set untuk menewaskan Grigor Dimitrov dalam separuh akhir.

Dia memiliki rekod perlawanan 2-2 dengan pemain nombor satu dunia itu.

Bagaimanapun, Kyrgios gagal mempamerkan persembahan terbaik selepas Nadal mudah memenangi aksi final 6-2, 6-1.

Pemain berusia 31 tahun itu, juara dalam kejohanan yang sama pada 2005, telah meraih enam gelaran bagi tahun itu, manakala Kyrgios – yang tidak pernah bertemu Nadal dalam final -- perlu segera bangkit jika masih lagi berharap untuk beraksi dalam saingan Final ATP di London.