Novak Djokovic mengekalkan rekod sempurna sepanjang 2020 apabila mencatat kemenangan ke atas Roberto Bautista-Agut di sebalik berdepan detik sukar untuk ke final Terbuka Barat & Selatan.

Pemain nombor satu dunia itu terserlah sebagai pemain pilihan dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) ketika melebarkan kemenangan musim ini kepada 22 menerusi kejayaan membenam lawannya 4-6, 6-4, 7-6 (7-0) pagi tadi.

Bagaimanapun, dominasi juara 17 Grand Slam itu perlu diberi perhatian serius selepas Bautista-Agut memberinya tentangan sengit di Flushing Meadows.

Walaupun Djokovic tumbang dalam set pertama tetapi daya tahannya yang luar biasa membolehkannya mengharungi pertarungan epik tiga jam itu sebelum dia meminta rehat ketika kemenangan tampak sudah di dalam genggamannya.

Kedua-dua pemain saling mematahkan servis dalam empat permainan pertama sebelum pemain Sepanyol itu mengekalkan prestasinya untuk mengecewakan Djokovic 4-3.

Pemain itu kemudian menunjukkan beberapa tindakan enak dengan menampar pahanya termasuk pelanggaran kod tingkah laku kerana memukul bola ke arah pegawai perlawanan.

Djokovic kemudian gagal memanfaatkan break point untuk membenarkan Bautista-Agut di hadapan dengan 5-3 untuk menyerahkan set pertama.


Pemain Serbia itu pada awalnya memberikan reaksi yang baik dalam babak kedua apabila unggul 4-1, tetapi lawannya terus berjuang untuk merapati kedudukan.

Djokovic kembali tenang sebelum berhasil mengimbangi permainan. Bautista-Agut bersemangat lebih kental dalam set ketiga dan tekanan yang diberikan itu cuba dimanfaatkan sebaiknya, tetapi Djokovic ternyata semakin garang untuk mengungguli pertarungan.

Sementara itu, Milos Raonic menempah tiket ke final dengan kemenangan mudah 7-6 (7-5), 6-3 ke atas Stefanos Tsitsipas.

Pemain bukan pilihan dari Kanada itu mempamerkan servis berbisa dengan memenangi 35 daripada 39 pukulan untuk menundukkan lawannya itu dalam tempoh 1 jam 37 minit.