Hari terakhir saingan wushu taolu Sukan SEA Filipina menyaksikan kem negara gagal menambah bilangan pingat apabila atlet-atlet negara tidak mampu mencabar bagi acara masing-masing.

Dalam acara gabungan daoushu dan gunshu, atlet negara, Yeap Wai Kin, hanya mampu mendapat tempat keempat dengan 19.230 mata.

Dalam acara nanquan, yang diwakili pemenang pingat emas Kejohanan Dunia Wushu, Oktober lalu, Chuah Shangyang, juga mengalami nasib sama apabila meraih tempat keenam dengan 9.600 mata

Bagi acara terakhir, iaitu duilian yang disertai Wai Kin serta Wong Weng Son, mereka mengumpul 9.380 mata untuk berakhir di kedudukan kelima.

"Prestasi saya sangat baik sebab fokus saya adalah dalam acara changquan dan akhirnya mendapat pingat perak.

"Selain itu, persembahan saya di tahap memuaskan kerana meraih raking kelima dalam acara duilian di samping Wai Kin.

"Saya berasakan ia pencapaian kami yang terbaik," kata Weng Son.