Tetapan sasaran pingat akan diteruskan -- Shapawi

Oleh Penulis Jemputan 11 Disember 2019 424
Tetapan sasaran pingat akan diteruskan -- Shapawi
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, menegaskan amalan menetapkan sasaran pingat dalam temasya sukan akan datang akan tetap diteruskan walaupun ia memberi tekanan kepada atlet dan pegawai.

Filipina, Indonesia dan Vietnam mengumumkan sasaran jauh lebih rendah daripada apa yang mereka capai.

Ia berbeza dengan Malaysia yang menetapkan sasaran 70 emas tetapi menamatkan cabaran kurang 14 daripadanya untuk menghuni tangga kelima keseluruhan.

Ada cadangan agar amalan menetapkan sasaran pingat dihapuskan, namun Shapawi mempunyai pendirian berbeza.

"Sasaran atlet yang akan mendapatkan emas tetap perlu dilakukan. Itu adalah satu tahap ukuran. Sasaran merupakan satu indeks prestasi utama (KPI), bukan daripada MSN sahaja.

"Kami juga bukan hanya melihat Sukan SEA tetapi selepas ini akan memantau Sukan Para Asean," katanya.

Program Podium yang memayungi atlet negara juga akan diteruskan walaupun sasaran pingat Sukan Komanwel Gold Coast 2018, Sukan Asia Indonesia 2018 dan Sukan SEA Filipina gagal dicapai.

"Program Podium merangkumi banyak perkara. Ia merupakan rangkuman kepada satu program lebih besar. Insya-Allah, saya rasa kami akan teruskan program ini dan saya sendiri akan terus mencadangkan agar program yang baik akan cuba dipertingkatkan."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen