Tenis: Jawairiah tumpu acara beregu

Oleh Penulis Jemputan 22 November 2019 55
Tenis: Jawairiah tumpu acara beregu
Sandaran pingat sukan tenis, Jawairiah Noordin, bersedia untuk saingan Sukan SEA Filipina yang bermula minggu depan walaupun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami bulan lalu.

Sebelum ini, kem kebangsaan mencapai keputusan cemerlang dalam Kejohanan Jemputan One Belt One Road di Kunming, China bulan lalu.

Namun, kejayaan itu diraih dengan kepahitan apabila pemain wanita utama, Jawairiah, mengalami kecederaan yang mungkin mengekangnya daripada beraksi dalam Sukan SEA Filipina.

Kini, Jawairiah menjelaskan dia akan terus beraksi dalam temasya dwitahunan itu walaupun baru sahaja pulih 60 peratus.

"Saya baru sahaja mengalami kecederaan ini dan kesakitannya masih lagi dirasai," katanya.

Tambahnya lagi, kecederaannya masih boleh dikawal jika hanya beraksi dalam acara beregu atau beregu campuran ketika Sukan SEA nanti.

"Saya mungkin akan beraksi dalam beregu berbanding perseorangan kerana ia memerlukan kondisi fizikal di tahap terbaik."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen