Ketua jurulatih sofbol negara, Ong Lian Bee, menegaskan strategi barunya mampu mencerahkan peluang mereka mencapai misi menamatkan kemarau pingat selama 40 tahun dalam temasya Sukan SEA.

Skuad kebangsaan turun dengan aksi yang berbeza sehingga berjaya mencatat sejarah menewaskan Thailand dengan 3-1 larian dalam temasya dwitahunan itu.

Ia menjadi kemenangan pertama buat anak buah Lian Bee selepas tewas kepada tuan rumah, Filipina, semalam.

"Memang dalam aksi semalam, kami jangka sukar untuk menang, jadi kami cuba beri saingan sengit. Kami turunkan pitcher ketiga," katanya.

Sementara itu, kapten negara, Ngo Siew Ting, bertekad mahu membantu Malaysia meraih sekurang-kurangnya satu pingat dalam Sukan SEA kali ini.

"Sasaran kami adalah mendapatkan pingat kerana skuad wanita belum pernah melakukannya," katanya.