Silat: Zulfazly bersyukur ulangi jejak bapa

Oleh Staff Writer 5 Disember 2019 477
Silat: Zulfazly bersyukur ulangi jejak bapa
Pesilat negara, Zulfazly Zulfakar, memanjatkan kesyukuran kerana doanya untuk memenangi pingat emas di tempat sama yang pernah dilakukan bapanya, Zulfakar Abdul Majid, pada 1991 dimakbulkan.

Selepas Taqiyuddin Hamid dan Sazlan Yuga mengungguli acara ganda putera Isnin lalu, peluang skuad negara untuk mencapai sasaran dua emas tampak samar selepas taruhan utama dalam acara tanding putera B, Faizul Nasir, tumbang awal.

Bagaimanapun, Zulfazly muncul penyelamat skuad negara apabila beraksi cemerlang memenangi penentuan pingat emas kategori tanding putera D dengan kelebihan 3-2 ke atas peserta Indonesia, Hanifan Kusumah.

"Saya memang sudah berniat sejak dari di rumah, saya memang mahu mengikuti jejak bapa saya.

"Saya rasa bersyukur sangat dan dapat menyanyikan lagu negara sendiri.

"Susah untuk diungkapkan," katanya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen