Renang: Welson sasar pecah rekod kebangsaan

Oleh Staff Writer 8 Disember 2019 701
Renang: Welson sasar pecah rekod kebangsaan
Selepas gagal mempertahankan dua emas, tumpuan perenang negara, Welson Sim, kini terarah untuk memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter gaya bebas dalam Sukan SEA Filipina.

Dia mengakui peluangnya untuk menebus kekalahan sangat tipis walaupun menempah slot final dalam acara tersebut dengan catatan masa 50.63 saat. 

Bagaimanapun, atlet berusia 22 tahun itu tetap mempunyai misi peribadi untuk memadamkan rekod kebangsaan miliknya, 49.54s, yang dilakar dalam saingan Terbuka Malaysia, April lalu. 

Seorang lagi wakil negara, Keith Lim, turut akan menggalas cabaran di pentas akhir selepas mencatatkan 51.03s untuk berada di kedudukan kelapan. 

"Sebenarnya saya tenang. Saya mara ke final dan kini tidak mahu lagi menyukarkan keadaan buat diri sendiri. Hanya tenang," kata Welson.

Sementara itu, perenang muda negara, Khiew Hoe Yean, berpeluang untuk menambah pingat selepas melayakkan diri ke final acara 400 meter individu rampaian dengan catatan 4 minit 33.78s.

"Saingan ini pasti akan sukar untuk saya meraih pingat tetapi tetap akan cuba yang terbaik, mendapatkan catatan masa terbaik. Saya akan cuba perbaiki catatan masa," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen