Polo Air: Malaysia akur kehebatan Thailand

Oleh Staff Writer 26 November 2019 157
Polo Air: Malaysia akur kehebatan Thailand
Hasrat Malaysia untuk bermula dengan langkah kanan dalam acara polo air lelaki lebur apabila tewas 19-5 di tangan Thailand dalam aksi peringkat kumpulan Sukan SEA di Pusat Akuatik New Clark City (NCC), hari ini.

Turun selaku bukan pilihan, perbezaan di antara kedua-dua pasukan dilihat ketara tatkala Thailand mendahului 12-4 sejak awal permainan.

Meskipun cuba memberi cabaran buat Negara Gajah Putih itu, corak permainan lawan yang konsisten jelas memberikan kesukaran buat Malaysia untuk mendapatkan rentak, sekali gus tidak berjaya mencipta sebarang kebangkitan dan kemenangan 19-5 menjadi milik Thailand apabila wisel penamat dibunyikan.

Skuad negara bakal meneruskan perlawanan kedua menentang Singapura esok sebelum berdepan cabaran Indonesia dua hari kemudian.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen