Atlet petanque negara, Saiful Bahari Musmin, sanggup memandu hampir dua jam setiap hari dari Kuala Selangor ke Pudu Ulu, Cheras demi persiapan Sukan SEA Filipina sebelum meraih pingat emas acara tiga sepasukan lelaki dengan menewaskan Thailand 13-11 dalam aksi final di Hotel Royce, Clark, sebentar tadi.

Pengorbanannya akhirnya berbaloi.

Dia sanggup menempuh perjalanan hampir 100km setiap hari untuk menyertai sesi latihan skuad negara sejak setahun lalu kerana tuntutan kerja bersama Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

"Emas ini sangat berbaloi. Saya terpaksa tinggal isteri.

"Mula-mula saya berasa seperti tidak bertanggungjawab tetapi kejayaan ini untuknya," kata Saiful Bahari.

Trio negara itu yang turut menampilkan Muhamad Hafizuddin Mat Daud dan Syed Akmal Fikri Syed Ali bangkit daripada ketinggalan 4-9 untuk mengesahkan emas dengan kemenangan dramatik dalam aksi tiga jam.

Syed Akmal Fikri pula bertekad untuk mengalihkan perhatiannya kepada anaknya selepas ini apabila berkata: "Anak saya yang berusia enam bulan membesar dengan kurang kasih sayang daripada seorang ayah, saya buat ini semua supaya saya boleh berkata kepadanya bahawa saya pernah membuat pengorbanan untuk negara."

Lebih manis, ini emas pertama Malaysia dalam tiga sepasukan lelaki dalam sejarah temasya itu.

Sementara itu, dalam final wanita, Malaysia, bagaimanapun, tewas 13-4 kepada Kemboja untuk mengekalkan perak sejak 2015.

"Kami masih meraih perak, belum ada rezeki lagi.

"Mungkin dalam edisi akan datang, kami akan menang emas," kata