Kelantan yakin mampu mara ke separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (MSKPPM) Ke-48 di Sekolah Sukan Negeri (SSN) Seri Kota, Melaka, bermula 15 Disember ini.

Ketua jurulatih Kelantan, Zairullah Yusuf, berkata gabungan 12 pemain terbaik yang dipilih daripada Kejohanan Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Kelantan 23 November lalu mampu memberikan saingan hebat.

"Pemilihan pemain dibuat berdasarkan kebolehan individu mengikut posisi masing-masing. Tidak semestinya, regu yang johan dan naib johan kejohanan negeri layak secara automatik mewakili negeri.

"Alhamdulillah , panel pemilih telah berjaya memilih 12 pemain terbaik. Kami masih mengekalkan dua tekong terbaik negeri, Zaimi (M.M.Aboo Jubar) dan Nusi (Shamsul Nordin). Begitu juga dengan kehadiran bekas pelibas kebangsaan, Awie Seman. Insya-Allah, kami mampu ke separuh akhir," katanya.