Memanah: Fatin Nurfatehah tebus kecewa lalu 

Oleh Penulis Jemputan 7 Disember 2019 773
Memanah: Fatin Nurfatehah tebus kecewa lalu 
Pemanah wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, melangkah ke final acara compound individu apabila menewaskan peserta Myanmar, Hlaing Su Su, 144-132 di Clark hari ini.

Selepas terkandas dalam separuh akhir di Kuala Lumpur dua tahun lalu, pemanah negara itu mempamerkan aksi cemerlang untuk menebus kehampaan tersebut.

Menjelang ke penamat saingan, Fatin Nurfatehah mengekalkan pendahuluan 12 mata untuk mengesahkan tempat dalam final.

"Edisi lalu, saya terkandas dalam separuh akhir sebelum memenangi gangsa.

"Kali ini, saya mara ke final dan akan mencuba yang terbaik untuk memenangi pingat emas.

"Diharapkan akan ada rezeki pada hari tersebut," katanya.

Dalam kategori lelaki, Juwaidi Mazuki gagal ke separuh akhir selepas tewas di tangan wakil Thailand, Nitiphum Chatachat.

Nitiphum terus unggul untuk menyingkirkan seorang lagi pemanah negara. Zulfadhli Roslan, dalam separuh akhir untuk ke final.

Zulfadhli pula akan berentap dengan wakil Indonesia, Yoke Rizaldi, dalam penentuan pingat gangsa hari ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen