Jadi sebahagian detik gemilang kontinjen negara

Oleh Staff Writer 15 November 2019 82
Jadi sebahagian detik gemilang kontinjen negara
Sokongan dan semangat rakyat Malaysia kepada atlet negara akan diteruskan dalam Sukan
SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember ini. 


Seluruh peminat pasti ternanti-nanti untuk menyaksikan detik gemilang dan perjuangan atlet negara dalam misi mempertahankan kejuaraan keseluruhan yang diraih di Kuala Lumpur dua tahun lalu. 

Selain itu, aksi tumpuan membabitkan skuad bola sepak negara yang meraih pingat perak di Kuala Lumpur, akan bermula 25 November ini.

Selain bola sepak, 12 acara lain seperti sepak takraw, olahraga, renang, terjun dan badminton, yang akan disiarkan secara langsung di Astro Arena, turut akan menjadi tumpuan.

Misi Astro adalah untuk memastikan kesinambungan kecemerlangan dalam menyajikan yang
terbaik buat peminat sukan negara dengan membawakan liputan menyeluruh setiap hari di
saluran Astro Arena, Astro TV, NJOI TV dan Astro GO seawal jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengah malam.

Menurut Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay, peminat yang bukan pelanggan Astro boleh menyaksikan aksi atlet negara secara ‘live streaming’ di laman web Stadium Astro sepanjang temasya itu.

“Liputan KL2017 yang lalu, kami mencatatkan rekod jumlah tontonan tertinggi dengan 12.5 juta
penonton, termasuk rekod tontonan digital sebanyak 12 juta. 

"Astro sedar akan kepentingan peminat terhadap sukan tanah air dan kami sentiasa komited memastikan
semua penyokong akan dapat berkongsi perjuangan kontinjen negara secara lebih dekat menerusi tontonan TV mahupun platform digital yang disediakan Astro.

“Selain itu, seluruh rakyat Malaysia boleh memberikan sokongan kepada wira-wira negara dengan menyertai kempen #iniMASkita anjuran kami," katanya.

Peminat sukan negara boleh mendapatkan informasi terkini mengenai pencapaian atlet negara di
laman sosial Astro Arena.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.astro.com.my.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen