Hup Wei sudah 90 peratus sedia

Oleh Penulis Jemputan 20 November 2019 57
Hup Wei sudah 90 peratus sedia
Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, sudah 90 peratus bersedia untuk menghadapi Sukan SEA Filipina hujung bulan ini.

Ketika atlet lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir untuk mencabar pingat emas dalam temasya dwitahunan itu, Hup Wei membawa misi berbeza, iaitu memecah rekod temasya 2.24 meter, yang dilakukan bekas jaguh negara, Loo Kum Zee, dalam edisi di Thailand pada 1995.

Ia bukanlah perkara mustahil memandangkan catatan peribadi terbaik atlet berusia 32 tahun itu sepanjang tahun ini ialah 2.27 meter.

"Prestasi saya sudah hampir ke kemuncak sejak pulang daripada Kejohanan Dunia lalu.

"Saya juga sudah semakin cergas.

"Saya rasa ia sudah 90 peratus.

"Tiada sebarang kecederaan tetapi dalam beberapa minggu ini (menjelang Sukan SEA), saya sudah 90 peratus bersedia," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen