Umum mengetahui Sukan SEA Filipina 2019 hanya mempertandingkan acara hoki dalam dewan yang akan berlangsung dari 4 hingga 10 Disember 2019 di Laguna, Filipina.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) sebelum ini telah meletakkan sasaran untuk skuad lelaki mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu sementara sasaran untuk merangkul pingat emas juga diletakkan kepada skuad wanita yang membawa pulang pingat gangsa pada edisi 2017.

Lawan yang menanti skuad lelaki negara kali ini adalah Thailand, Singapura, tuan rumah, Filipina dan Myanmar sementara skuad wanita pula perlu berdepan Thailand, Kemboja, Singapura dan tuan rumah, Filipina.

KHM hari ini mengumumkan barisan 12 pemain bagi lelaki dan wanita yang akan menggalas misi dalam temasya edisi ke-30 itu.

Skuad lelaki yang dibimbing oleh jurulatih, Muhammad Amin Rahim, mengekalkan tujuh pemain daripada skuad Sukan SEA Kuala Lumpur.

Skuad wanita yang diterajui jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, pula yang mempertaruhkan enam pemain senior yang cukup sinonim dalam saingan hoki padang, pastinya akan menjadi ramuan tambahan untuk mereka memburu pingat emas.

Selain itu, Dhaarma mengekalkan tiga pemain daripada skuad 2017, Ellya Syahirah Ellias, Nur Aisyah Yaacob dan Qasidah Najwa Muhamad Halimi.

Skuad lelaki dan wanita negara akan berlepas ke Filipina, Isnin ini, dua hari sebelum acara hoki dalam dewan membuka tirai secara rasmi.

Senarai 12 pemain lelaki:

1. Khairul Affendy Kamaruzaman (penjaga gol)
2. Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri (penjaga gol)
3. Shazril Irwan Nazli
4. Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah
5. Muhammad Firdaus Omar
6. Muhammad Aminudin Mohd Zain
7. Muhammad Najmi Farizal Jazlan
8. Mohd Hanip Che Halim
9. Shello Silverius
10. Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad
11. Faridzul Afiq Mohd
12.Rafizul Ezry Mustafa

Senarai 12 pemain wanita:

1. Farah Ayuni Yahya (penjaga gol)
2. Siti Rozailah Syuhada Jilon (penjaga gol)
3. Juliani Mohamad Din
4. Iren Hussin
5. Ellya Syahirah Ellias
6. Raja Norsharina Raja Shabudin
7. Nuraini Abdul Rashid
8. Noor Hasliza Md Ali
9. Nur Aisyah Yaacob
10. Nur Afiqah Syahzani Azhar
11. Qasidah Najwa Muhamad Halimi
12. Wan Norfaiezah Md Saiuti