Hoki dalam air: Muka baru jadi taruhan Malaysia

Oleh Penulis Jemputan 12 November 2019 157
Hoki dalam air: Muka baru jadi taruhan Malaysia
Skuad hoki dalam air negara berdepan cabaran untuk menghadapi saingan Sukan SEA buat kali pertama di Filipina apabila mempertaruhkan ramai muka baru.

Meskipun bakal menggalas cabaran sulung di pentas itu, skuad negara dilihat yakin untuk meletakkan barisan muda di Filipina hujung bulan ini.

Namun, bagi pemain kebangsaan, Danish Haikal Mohd Fadel, ia tidak menjadi halangan utama walaupun baru menjalani latihan kurang daripada lima bulan.

"Sekarang kami berlatih setiap hari dan jurulatih telah memberi jadual untuk meningkatkan kualiti pasukan bagi menghadapi saingan daripada pencabar seperti Singapura dan Indonesia. Kami harap dapat membawa pulang pingat," katanya.

"Daripada segi keserasian, kami berdepan masalah walaupun untuk turun ke bawah dan masuk ke dalam air. Namun, kami membantu antara satu sama lain agar ia dapat diperbaiki."

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen