Gimrama: Tiga gimnas kita ke final

Oleh Staff Writer 6 Disember 2019 1702
Gimrama: Tiga gimnas kita ke final
Skuad gimrama menepati ramalan untuk mencabar empat pingat dalam acara individu Sukan SEA Filipina apabila tiga gimnas negara yang diketuai Izzah Amzan layak ke final.

Skuad negara memburu lapan tiket ke final dalam acara gelung, bola, belantan dan reben di Coliseum Memorial Rizal hari ini.

Daripada empat wakil yang turun beraksi, hanya Izzah menempah tiket untuk mencabar pingat emas dalam semua acara.

"Berbanding 2017, saya fikir (prestasi saya) lebih baik.

"Tetapi saya masih belum boleh berehat kerana final esok amat penting 

"Kami perlu mengekalkan prestasi seperti 2017, jadi kami perlu fokus dan tidak boleh berfikir mengenai pingat dahulu.

"Jika kami membuat yang terbaik, keputusan itu pasti akan tiba," katanya.

Tetapi kisah membabitkan seniornya, Amy Kwan dan Koi Sie Yan, memberikan perspektif berbeza terhadap persolan siapakah gimnas terbaik negara buat ketika ini.

Amy tidak berupaya mempertahankan pingat emas acara reben yang dimenanginya dalam edisi Kuala Lumpur pada 2017 apabila hanya ke final acara gelung.

Sie Yan pula hanya mara ke final acara reben, bola dan belantan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen