Gimnastik: Kecederaan himpit skuad negara

Oleh Staff Writer 27 November 2019 146
Gimnastik: Kecederaan himpit skuad negara
Kontinjen gimnastik artistik tiba di Manila, Filipina dengan krisis kecederaan skuad lelaki menjelang saingan Sukan SEA 2019 sementara barisan wanita berdepan cabaran mempertahankan tiga pingat emas yang dimenangi ketika Kuala Lumpur 2017.

Tamparan hebat buat skuad gimnastik lelaki negara apabila dilanda krisis kecederaan yang menyaksikan mereka terpaksa melupakan acara kepakaran dalam Sukan SEA Manila 2019.

Chau Jern Rong yang mengalami kecederaan lutut kanan dua minggu sebelum saingan Sukan SEA bermula, namun meneruskan saingan bagi acara palang tunggal, termasuk harapan utama negara, Jeremiah Loo.

"Saya mengalami kecederaan pada bahagian bahu beberapa minggu lalu dan masih belum pulih sepenuhnya. Saya memberikan fokus kepada acara kekuda berpelana dan masih lagi berfikir untuk meneruskan dalam setiap acara ataupun sebaliknya," kata Jeremiah.

Bagi saingan wanita pula, skuad negara diketuai oleh Farah Ann Abdul Hadi yang hadir selaku atlet negara yang sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan memiliki sasaran untuk mempertahankan tiga emas.

Cabaran itu turut digalas oleh rakan senegara, Tan Ing Yueh, yang optimis untuk menghadirkan emas buat kontinjen negara.

"Setiap negara yang hadir kali ini menghadirkan cabaran buat kami. Kami masih belum mengetahui atlet yang dihantar oleh Vietnam bagi saingan kali ini. Peluang tetap ada dan kami akan cuba memberikan yang terbaik," kata Ing Yueh.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen