Gimnastik: Farah Ann tepati ramalan raih emas

Oleh Penulis Jemputan 2 Disember 2019 675
Gimnastik: Farah Ann tepati ramalan raih emas
Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi, memahkotakan dirinya selaku ratu gimnastik Sukan SEA 2019 apabila meraih pingat emas acara artistik all round individu di Coliseum Memorial Rizal, Manila sebentar tadi.

Atlet berumur 25 tahun itu mengumpul 48.050 mata untuk dinobatkan juara sementara seorang lagi peserta negara, Tan Ing Yueh, melengkapkan podium dengan gangsa setelah meraih 46.900 mata. 

Atlet Indonesia, Irfanaluthfi Rifda, pula memenangi perak. 

"Saya sangat gembira dan berterima kasih dengan setiap sokongan yang diberikan.

"Ini merupakan pingat emas dalam acara individu dan saya bersyukur dengan kehadiran keluarga yang menyuntik semangat untuk saya meraih pingat emas," katanya. 

"Palang tidak sejajar dan melombol merupakan antara kekuatan untuk saya meraih kutipan mata yang tinggi bagi memastikan kemenangan hari ini."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen