Boling Tenpin: Siti Safiyah, Ahmad Muaz sumbang perak

Oleh Penulis Jemputan 5 Disember 2019 294
Boling Tenpin: Siti Safiyah, Ahmad Muaz sumbang perak
Skuad boling tenpin negara menambah satu pingat perak Sukan SEA Filipina apabila gandingan Ahmad Muaz Fishol dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman muncul kedua terbaik dalam acara beregu campuran di Starmall EDSA-Shaw, Manila hari ini.

Gandingan negara itu menumpulkan 2,672 jatuhan pin dan ketinggalan 26 mata di belakang beregu Indonesia, Ryan Leonard Lalisang- Aldila Indrayanti.

Satu lagi pasangan Indonesia, Hardy Rachman- Sharon Santoso, muncul pemenang gangsa dengan 2,557 mata.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen