Selepas kejayaan meraih tiga pingat emas semalam, ketua jurulatih skuad bloing padang negara, Zuraidi Puteh, yakin anak buahnya mampu menepati sasaran lima pingat emas dalam Sukan SEA Filipina 2019.

Skuad negara meraih emas acara berpasukan wanita, tiga sepasukan lelaku dan berpasangan wanita semalam.

Ia menjadi suntikan semangat buat anak buah Zuraidi itu, yang akan beraksi dalam final acara tiga sepasukan wanita dan berpasukan lelaki hari ini.

"Kami memang sudah menjangkakan tiga pingat emas akan diraih dalam ketiga-tiga acara ini.

"Kemenangan hari ini (semalam) bukanlah sesuatu yang mudah kerana kami menghadapi pelbagai kesukaran, terutama dengan venue yang kelihatan macam padang bola.

"Tapi itulah hakikat dan rintangan yang kami perlu tempuhi," katanya.

Skuad boling padang dijangka menjadi lubuk emas bagi membantu kontinjen negara mencapai sasaran 70 pingat emas.