Bola keranjang: Skuad 3x3 mula langkah kanan

Oleh Staff Writer 1 Disember 2019 347
Bola keranjang: Skuad 3x3 mula langkah kanan
Skuad bola keranjang 3x3 lelaki negara membuka kempen dengan kemenangan 21-11 ke atas Myanmar hari ini.

Malaysia, yang dibarisi Tem Zhen Jie, Wong Chin Yong, Loh Shee Fai dan Chin Zhi Shin, tidak berdepan masalah untuk mengatasi trio Myanmar, Aung Wana, Myint Aun, Ta Chin dan Justin.

Malaysia lebih cemerlang ketika mengawal gelanggang dan mula mendominasi perlawanan sebelum mencatatkan kemenangan 21-11.

Sementara itu, skuad bola keranjang 3x3 wanita turut mencatat kemenangan dalam pertemuan dengan Vietnam.

Pasukan negara itu dibarisi Pang Hui Pin, Ti Chia Qian, Yap Fook Yee dan Eugene Ting sementara pasukan Vietnam dibarisi Bui Khim Nan, Hyunh Thi Ngoan, Tran Ti Yen dan Nguyen Ngoc Bich.

Saingan sengit ditampilkan kedua-dua pasukan dan Vietnam tidak memberi ruang kepada Malaysia dalam mengutip mata.

Namun ketenangan yang dipamerkan pasukan negara menyaksikan mereka turut memberi saingan dan akhirnya Malaysia berjaya mencatat kemenangan 15-10.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen