Badminton: Kian Meng-Pei Jing ke separuh akhir

Oleh Penulis Jemputan 7 Disember 2019 2520
Badminton: Kian Meng-Pei Jing ke separuh akhir
Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, menempah tempat separuh akhir badminton Sukan SEA Filipina apabila menundukkan gandingan Thailand, Kittinupong Kedren-Puttita Supajirak, 18-21, 21-5, 21-16 di Kompleks Sukan Muntinlupa, Metro Manila hari ini.  

Kedua-dua beregu saling berbalas mata dalam set pertama sebelum lawan dari Thailand itu menamatkannya dengan kemenangan 12-18.

Bagaimanapun, pasangan negara itu mempertajamkan serangan dalam set berikutnya dan dengan penguasaan gelanggang yang baik, mereka memperoleh kemenangan besar 21-5.

Kecemerlangan itu diteruskan dalam set penentuan untuk Kian-Meng-Pei Jing menamatkan aksi suku akhir itu dengan kemenangan 21-16.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen