Angkat berat: Dua atau tiga tahun lagi

Oleh Staff Writer 2 Disember 2019 65
Angkat berat: Dua atau tiga tahun lagi
Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan, bertekad untuk kembali lebih kuat dalam edisi seterusnya apabila gagal meraih podium dalam penampilan sulungnya dalam Sukan SEA Filipina.

Keinginan atlet berusia 17 tahun itu untuk melakar sejarah tidak kesampaian apabila hanya mampu meraih tempat kelima dengan keseluruhan berat 234 kilogram.

Aniq hanya mampu membuat angkatan snatch seberat 101kg manakala ikhtiarnya dalam clean and jerk menyaksinya berakhir ketika melakukan angkatan 133kg.

"Dua atau tiga tahun lagi. Teknik harus dipertingkatkan lagi bagi mendapatkan angkatan yang lebih cemerlang pada masa akan datang," kata Aniq.

Tambahna lagi, keresahan antara punca utama dia tidak mampu mempamerkan aksi terbaik ketika beraksi di pentas terbesar sepanjang kariernya.

"Ini merupakan kali pertama bertemu pesaing yang berada dalam kelompok tiga terbaik dunia, ia pengalaman baru buat saya."

Sandaran pingat skuad angkat berat negara disandarkan kepada Muhammad Aznil Bidin yang bakal beraksi dalam kategori 61kg bersama pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 dari Indonesia, Eko Yuli Irawan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen