MotoGP: Vinales tempah petak utama dengan rekod baru di Misano

Oleh Muzaffar Musa 13 September 2020 1156
MotoGP: Vinales tempah petak utama dengan rekod baru di Misano
Maverick Vinales akan mengetuai penguasaan jentera Yamaha di barisan depan perlumbaan Grand Prix San Marino hari ini selepas merekodkan masa terpantas dalam pusingan Q2 malam tadi.

Vinales memecahkan rekod sepusingan di Litar Misano selepas mencatatkan 31.411 saat -- 3/10 lebih pantas daripada penunggang di tangga kedua sesi itu dan 2/10 lebih pantas daripada rekod yang sebelum ini dipegang Jorge Lorenzo.

Dengan penonton dibenarkan untuk kembali menyaksikan perlumbaan buat kali pertama musim ini, Vinales meraikan kejayaannya itu sehingga beg udara di pakaian perlumbaannya terlancar.

Ia bermakna, pasukan Monster Energy Yamaha akan memulakan perlumbaan dari petak pertama dan keempat selepas Valentino Rossi terlepas barisan depan kepada dua pelumba Yamaha Petronas SRT, Franco Morbidelli dan pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo, yang masing-masing akan memulakan perlumbaan di petak kedua dan ketiga.

Dua pelumba Pramac Ducati, Jack Miller dan Francesco Bagnaia, akan memenuhkan barisan kedua di belakang Rossi dan disusuli dengan dua pelumba Suzuki, Alex Rins dan Joan Mir, di belakang mereka.
 
Keputusan sesi kelayakan:
1. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) 1:32.441s
2. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) +0.312s
3. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha) +0.380s
4. Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha) +0.466s|
5. Jack Miller (Pramac Ducati) +0.641s
6. Francesco Bagnaia (Pramac Ducati) +0.643s
7. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +0.679s
8. Joan Mir (Suzuki Ecstar) +0.691s
9. Andrea Dovizioso (Ducati) +0.773s
10. Johann Zarco (Avinitia Ducati) +0.807s
11. Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) +0.855s
12. Miguel Oliveira (Tech3 KTM) +0.912s

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen